TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bayi maut ditindih lengan bapa disahkan alami kecederaan paru-paru

By
|
Kongsi
image

MELAKA 20 Jun – Bayi lelaki berusia tiga bulan yang maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya disahkan mengalami kecederaan pada paru-paru, hasil pemeriksaan bedah siasat yang dilakukan.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, kecederaan pada paru-paru itu berkemungkinan berpunca daripada tekanan akibat situasi tertindih sehingga menyukarkan bayi berkenaan untuk bernafas.

“Bedah siasat yang dijalankan oleh Dr Muhammad Khairul Afizal mengklasifikasikan kes ini sebagai pending laboratory investigation sementara menunggu keputusan sampel toksikologi yang telah dihantar ke Jabatan Kimia Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian di Kampung Perigi Hang Tuah semalam, bayi tersebut ditemukan tidak sedarkan diri oleh ibunya, Azura Abdul Malik Yaher, 37, yang pulang ke rumah untuk membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu mendapatkan suntikan di klinik kesihatan.

Difahamkan, bayi malang itu dipercayai tertindih lengan bapanya, Nuruleffendy Ibrahim, 35, yang terkena serangan jantung ketika mereka sedang tidur.

Sementara itu, hasil bedah siasat terhadap Nuruleffendy mengesahkan punca kematian sebagai Ischemic Heart Disease atau penyakit jantung iskemia, dengan penemuan sumbatan serta dua injap jantung tertutup, tanpa sebarang kecederaan lain pada tubuh. 

+ - reset