TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Air naik paras pinggang di Shah Alam, bomba giat selamatkan penduduk di Taman Bukit Kemuning

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 20 Jun – Hujan lebat yang melanda pagi ini menyebabkan kawasan perumahan di Taman Bukit Kemuning dinaiki air sehingga setinggi satu meter, sekali gus mengakibatkan banjir kilat.

Dalam insiden itu, seorang wanita warga emas dilaporkan terperangkap di dalam rumahnya sebelum diselamatkan oleh orang awam yang berada di kawasan berhampiran.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada pukul 8.29 pagi menerusi panggilan kecemasan.

“Sepasukan 10 anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikerahkan ke lokasi sejurus menerima maklumat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, mangsa berjaya dipindahkan ke kawasan selamat selepas dikeluarkan dari rumahnya yang dinaiki air.

Ahmad Mukhlis turut memaklumkan bahawa setakat ini, pusat pemindahan sementara (PPS) belum dibuka memandangkan keadaan masih terkawal. 

+ - reset