TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lapan pegawai kanan PDRM bertukar jawatan mulai 21 Julai

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 20 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran lapan pegawai kanan yang akan berkuat kuasa pada 21 Julai ini.

Setiausaha PDRM, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata, pertukaran itu membabitkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, manakala Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad akan mengetuai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.

Turut terlibat ialah Deputi Komisioner Gilberd Philip Layanh yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner. Jawatan beliau sebelum ini sebagai Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) jabatan sama akan diambil alih oleh Senior Asisten Komisioner Redzuan Abd Hamid yang memangku pangkat Deputi Komisioner.

Selain itu, Senior Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin pula memulakan tugas sebagai Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Asisten Komisioner Nordin Md Nor dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat) Bahagian Teknikal/Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner. – Media Telus

+ - reset