TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri pada 31 Mac 2025

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac 2025.

Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, menerusi siaran televisyen dan radio tempatan sebentar tadi.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, iaitu 31 Mac 2025," katanya.

Aktiviti cerapan anak bulan telah dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi. Cerapan ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan oleh mufti negeri serta disertai oleh pakar falak, alim ulama, pegawai falak berkemahiran dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Maklumat rukyah yang digunakan dalam penentuan tarikh Aidilfitri adalah data rasmi yang diterbitkan oleh JUPEM. - Media Telus

+ - reset