Berita Jenayah
Lelaki Indonesia tak sempat seludup dadah RM1.1 juta dari Brazil di KLIA

SEPANG 4 April – Taktik seorang lelaki warga Indonesia menyeludup dadah bernilai lebih RM1.1 juta dengan menyembunyikannya dalam beg komputer riba terbongkar selepas dia ditahan sejurus tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 27 Mac lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintendan Albany Hamzah berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan sekitar jam 10.15 pagi oleh pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan terhadap bagasi suspek menemui lima unit beg komputer riba, dengan setiap satu mengandungi dua bungkusan plastik hitam berisi serbuk putih disyaki kokain seberat 5,726 gram.
"Siasatan awal mendapati dadah ini dipercayai dibawa dari Brazil dan disyaki untuk pasaran luar negara, dengan nilai rampasan mencecah RM1.145 juta," katanya.
Menurut Albany, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian air kencingnya juga negatif dadah.
"Modus operandi sindiket ini adalah menggunakan beg komputer riba baharu bagi menyembunyikan dadah dan mengelirukan pihak keselamatan.
"Suspek kini direman sehingga 8 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Berita berkaitan
June 24, 2025, 3:10 pm
Buruh liwat OKU lembam dalam bilik air dipenjara 6 tahun, sebatan
June 23, 2025, 12:22 pm
Polis siasat dakwaaan remaja didera secara seksual dalam video tular
June 23, 2025, 8:51 am
Penganggur didakwa liwat budak 10 tahun dalam kontena di Kelantan
June 22, 2025, 9:39 am
Dua lelaki cuba samun kedai mi di Ulu Yam, polis giat buru suspek
June 20, 2025, 7:47 pm
Lelaki maut ditembak dalam kenderaan di Meru, Klang
June 20, 2025, 2:13 pm
Guru tuisyen didakwa masuk tangan dalam baju murid perempuan 11 tahun
June 20, 2025, 1:26 pm
Suami, isteri ditahan aktif edar dadah sejak 9 tahun lalu di Sepang
June 20, 2025, 10:54 am