Berita Berita
Anggota polis ditemui meninggal dunia di pangsapuri Bandar Mahkota Cheras

KAJANG 16 April - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal berusia 37 tahun dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditemui meninggal dunia di unit kediaman sewanya di sebuah pangsapuri di Bandar Mahkota Cheras, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 11.59 pagi daripada rakan setugas mangsa, seorang anggota polis berusia 20 tahun, selepas mangsa gagal hadir bertugas.
Pasukan Bomba dan Penyelamat dipanggil untuk membuka pintu rumah. Pemeriksaan mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Kajang.
Mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat dan hasil pemeriksaan mengesahkan punca kematian adalah akibat saluran jantung tersumbat. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Zharif Shah Ab Rashid di talian 012-5925390 atau tampil ke Balai Polis Kajang bagi membantu siasatan. - Media Telus
Berita berkaitan
June 26, 2025, 1:38 pm
Operasi cari nelayan hilang di perairan Kuala Terengganu diteruskan hari ini
June 26, 2025, 1:33 pm
Steven Sim tidak berganjak lawan Zaharuddin isu pelantikan Johnny Lim
June 26, 2025, 1:28 pm
Warga emas aktif pecah rumah diberkas, polis rampas barangan mewah bernilai RM300,000
June 26, 2025, 1:22 pm
MUDA tawar Syed Saddiq kembali terajui parti sebagai presiden
June 26, 2025, 12:47 pm
Bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara mengaku tidak bersalah terima suapan kereta mewah
June 26, 2025, 12:16 pm
SME Bank umum inisiatif RM211 juta perkukuh PMKS di bawah ekonomi Madani
June 26, 2025, 12:01 pm
Kota Madani jadi contoh bandar berpaksikan rakyat, bukan pemaju – Anwar
June 26, 2025, 11:35 am