TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

SME Bank umum inisiatif RM211 juta perkukuh PMKS di bawah ekonomi Madani

By
|
Kongsi
image

 

 

KUALA LUMPUR 26 Jun - Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) hari ini mengumumkan pelancaran inisiatif strategik bernilai RM211 juta sebagai langkah berani menyokong Kerangka Ekonomi Madani dan memperkukuh ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) negara.

Inisiatif yang diumumkan itu selaras dengan mandat Belanjawan Negara 2025 dan memberi tumpuan kepada sektor berimpak tinggi seperti teknologi, pelancongan, halal, serta Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Langkah ini juga menyasarkan usaha memperkasa usahawan B40 dan Asnaf supaya PMKS negara lebih berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Pemangku Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim berkata, pelancaran itu adalah sebahagian daripada strategi menyeluruh membabitkan lebih RM1 bilion dana di bawah pengurusan SME Bank untuk tahun 2025.

“Sejajar dengan mandat kami, SME Bank berbangga memperkenalkan pelbagai program baharu termasuk MySMELady 2.0, Pembiayaan Ekosistem Payung, Dana Kelestarian Alam dan Maju Usahawan Madani, yang memperlihatkan pendekatan menyeluruh kami dalam membina landskap keusahawanan negara,” katanya pada Majlis Peluncuran Inisiatif Belanjawan 2025 kendalian SME Bank di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini.

Turut dilancarkan ialah SME Bank ITEKAD ISHRAF 4.0, iaitu inisiatif pembiayaan sosial yang bukan hanya menawarkan bantuan kewangan, tetapi juga merangkumi elemen pemindahan ilmu dan kemahiran untuk membantu usahawan B40 dan Asnaf mengukuhkan serta mengembangkan perniagaan mereka.

SME Bank turut optimis untuk mencapai sasaran pembiayaan berjumlah RM3 bilion pada tahun 2025, selepas mencatatkan kelulusan pembiayaan sebanyak RM2 bilion setakat Mei 2025.

+ - reset