TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kota Madani jadi contoh bandar berpaksikan rakyat, bukan pemaju – Anwar

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 26 Jun - Pembangunan Kota Madani tidak harus dilihat semata-mata sebagai projek fizikal berskala besar, sebaliknya menjadi simbol pendekatan baharu dalam pembangunan bandar yang perlu dicontohi seluruh negara dengan berpaksikan rakyat, bukan ditentukan oleh pemaju semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, perancangan bandar seharusnya berpandukan nilai budaya, kemanusiaan dan kesejahteraan sosial, dan tidak lagi didominasi oleh kepentingan syarikat pemaju.

“Saya mahu Kota Madani ini (menjadi) contoh bagi pembangunan bandar di semua kota-kota di negara kita. Saya minta, bagi pembandaran, kerja-kerja negeri, lihat apa yang boleh kita lakukan.

“Jangan hanya tunduk kepada pemaju. Kita yang merancang. Jangan projek itu ditentukan oleh syarikat semata-mata kerana kalau mereka tentukan, tentunya diberikan pandangan dan saranan yang hanya melihat kepada keuntungan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembangunan Kota Madani di Presint 19 di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

 

+ - reset