TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Ada yang kata orang miskin pun nak makan epal' - PM umum epal, oren import dikecualikan SST

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 26 Jun - Buah epal dan oren yang diimport akan dikecualikan daripada peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikannya semalam bagi mengurangkan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

"Masih ada orang mengeluh, katanya orang kampung, orang miskin hendak juga makan epal. Dan dia kata ini orang dulu kata 'an apple a day keeps the doctor away', tak betul itu, (ia) 'a banana' sebenarnya, sebab pisang potasium tinggi.

"Jadi, semalam kita (putuskan) beri kelonggaran import buah-buahan, memang ada sedikit cukai tetapi dikecualikan epal dan oren," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Kota Madani di Presint 19 di sini, hari ini.

+ - reset