Berita Berita
Kelantan desak KDN percepat pemasangan 'Mobile Scanner' di sempadan bendung dadah

KOTA BHARU 23 April 2025 - Kerajaan Negeri Kelantan menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempercepatkan pemasangan mesin pengimbas mudah alih (mobile scanner) di sempadan negeri bagi membendung aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan dadah.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad turut mencadangkan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) berasaskan biometrik serta penambahan penggunaan dron bagi mempertingkat pengawasan keselamatan sempadan.
"Langkah ini penting untuk mengenal pasti identiti pengedar yang keluar masuk melalui pintu sempadan. Dulu banyak bahan terlarang masuk melalui pangkalan haram, kini ia melalui pintu utama dan sukar dikesan," katanya ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-15 hari ini.
Menurut Zamakhshari, kerajaan negeri dimaklumkan bahawa pemasangan kelengkapan tersebut telah dirancang, namun tertangguh kerana isu logistik melibatkan projek pembesaran Kompleks ICQS dan pembinaan jambatan kedua di sempadan.
Bendung Jualan Dadah Dalam Talian
Selain isu sempadan, kerajaan negeri turut memberi perhatian terhadap penjualan dadah secara dalam talian yang dilaporkan semakin berleluasa.
“Kita komited dan bersungguh-sungguh menyekat penjualan dadah secara dalam talian, termasuk melibatkan kemasukan jenis baharu,” ujarnya.
Kerajaan negeri berharap kerjasama dan tindakan segera daripada KDN dapat memperkukuh kawalan di pintu masuk utama Kelantan yang menjadi antara laluan penting ke negara jiran. - Media Telus
Berita berkaitan
June 26, 2025, 2:01 pm
Lelaki dijel sebulan tunggang basikal hingga sebabkan kemalangan maut
June 26, 2025, 1:38 pm
Operasi cari nelayan hilang di perairan Kuala Terengganu diteruskan hari ini
June 26, 2025, 1:33 pm
Steven Sim tidak berganjak lawan Zaharuddin isu pelantikan Johnny Lim
June 26, 2025, 1:28 pm
Warga emas aktif pecah rumah diberkas, polis rampas barangan mewah bernilai RM300,000
June 26, 2025, 1:22 pm
MUDA tawar Syed Saddiq kembali terajui parti sebagai presiden
June 26, 2025, 12:47 pm
Bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara mengaku tidak bersalah terima suapan kereta mewah
June 26, 2025, 12:16 pm
SME Bank umum inisiatif RM211 juta perkukuh PMKS di bawah ekonomi Madani
June 26, 2025, 12:01 pm