Berita Berita
Anak Menteri Pendidikan raih 8A dalam SPM
KUALA LUMPUR 23 April - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak perempuannya, Sarah, memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Sarah, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Kajang, berjaya mencatatkan kejayaan membanggakan dengan memperoleh 8A. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Fadhlina menerusi laman Facebook beliau hari ini.
"Kesyukuran kami panjatkan kepada Allah SWT untuk nikmat ini. Pastinya kerana usaha Sarah yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam pelajarannya," tulis Fadhlina. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menerima keputusan masing-masing, serta menyeru ibu bapa agar sentiasa menyokong dan membimbing anak-anak dalam melakar masa depan mereka.
Menteri itu turut menyatakan penghargaan kepada semua guru dan asatizah yang mendidik anaknya, selain mengucapkan terima kasih kepada sahabat Sarah dan ahli keluarga yang sentiasa mendoakan kejayaan pelajar berkenaan.
Dalam kenyataannya, Fadhlina turut menyentuh kemungkinan hala tuju akademik anaknya selepas ini, dengan membayangkan minat Sarah dalam bidang pengajian Islam atau undang-undang — seiring dengan latar belakang ibu bapanya.
Beliau turut berkongsi kegembiraannya bersama petugas media ketika meluangkan masa bersama pelajar SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Kajang pagi tadi. “Saya pun gembira. Anak saya dapat keputusan hari ini, alhamdulillah, 8A,” katanya.
Untuk rekod, pada tahun lalu, anak sulung Fadhlina, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, turut meraih keputusan cemerlang dalam SPM 2023 dengan 9A 2B, menunjukkan kecemerlangan pendidikan sebagai tradisi keluarga. - Media Telus
Berita berkaitan
April 9, 2026, 7:20 pm
Dakwaan nepotisme tidak berasas, Dr. Dzulkefly tarik balik saman terhadap Najib
April 9, 2026, 5:51 pm
Kerajaan suntik RM310 juta perkukuh industri filem, kandungan kreatif tempatan
April 9, 2026, 5:47 pm
Tiada niat fitnah, Najib akui Dr. Dzulkefly tidak terlibat amalan nepotisme
April 9, 2026, 5:38 pm
PKR belum bincang gesaan tindakan terhadap Rafizi Ramli - Fahmi
April 9, 2026, 3:28 pm
Rumah terbuka Aidilfitri oleh bukan Islam harus jika patuhi syarat, elak premis ibadat
April 9, 2026, 3:23 pm
Pembela sokong larangan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh persatuan tokong
April 9, 2026, 1:59 pm
Kerajaan digesa teliti semula moratorium bersasar bantu rakyat
April 9, 2026, 1:44 pm
Objek bercahaya di ruang udara Sarawak mungkin serpihan angkasa – MOSTI
April 9, 2026, 1:34 pm
