Berita Berita
Tokong kalimah Allah di Serkam dirobohkan petang ini
JASIN 9 April – Struktur binaan sebuah tokong yang tular susulan penemuan tulisan kalimah Allah di Jalan Jeti Anjung Batu–Pantai Siring, Serkam, akan dirobohkan sendiri oleh pemiliknya petang ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman memaklumkan bahawa operasi perobohan itu dijadualkan bermula jam 2.30 petang dengan dipantau oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau turut menjelaskan bahawa setakat ini, hasil siasatan awal mendapati pemilik tokong berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana ajaran sesat seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak di media sosial.
"Walau bagaimanapun, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pihak polis akan tetap menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian ini berlaku," katanya kepada pemberita hari ini.
Kewujudan kalimah 'Allah' dan 'Bismillahirrahmanirrahim' pada tokong batu berwarna merah itu mula dikesan oleh sekumpulan pemancing yang melalui kawasan tersebut malam tadi sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Siasatan mendapati struktur tokong itu dipercayai telah dibina sejak dua hingga tiga tahun lalu di atas tanah persendirian yang menghadap pantai, namun tulisan kalimah suci tersebut hanya baru dikesan malam tadi.
Tindakan perobohan segera ini diambil bagi mengelakkan timbulnya isu sensitiviti agama serta menjaga keharmonian masyarakat setempat di negeri ini.
Berita berkaitan
April 9, 2026, 8:39 pm
Terkejut ada orang buang bayi baru lahir atas sofa depan rumah di Klang
April 9, 2026, 7:20 pm
Dakwaan nepotisme tidak berasas, Dr. Dzulkefly tarik balik saman terhadap Najib
April 9, 2026, 5:51 pm
Kerajaan suntik RM310 juta perkukuh industri filem, kandungan kreatif tempatan
April 9, 2026, 5:47 pm
Tiada niat fitnah, Najib akui Dr. Dzulkefly tidak terlibat amalan nepotisme
April 9, 2026, 5:38 pm
PKR belum bincang gesaan tindakan terhadap Rafizi Ramli - Fahmi
April 9, 2026, 3:28 pm
Rumah terbuka Aidilfitri oleh bukan Islam harus jika patuhi syarat, elak premis ibadat
April 9, 2026, 3:23 pm
Pembela sokong larangan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh persatuan tokong
April 9, 2026, 1:59 pm
