Berita Berita
Objek bercahaya di ruang udara Sarawak mungkin serpihan angkasa – MOSTI
PUTRAJAYA 9 April – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan pihaknya sedang menyiasat laporan mengenai penampakan objek bercahaya yang disyaki sebagai serpihan angkasa di ruang udara Sarawak, dua hari lalu.
Menerusi satu kenyataan hari ini, MOSTI melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) memaklumkan bahawa setakat ini tiada laporan rasmi diterima mengenai penemuan sebarang serpihan di kawasan daratan atau perairan negara.
"Berdasarkan penelitian awal terhadap video yang tular, objek tersebut dipercayai berkemungkinan sebahagian daripada serpihan objek angkasa, namun pengesahan lanjut masih dalam siasatan," menurut kenyataan itu.
Pemantauan aktif kini sedang dijalankan oleh BPAngkasa dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi mengenal pasti punca sebenar fenomena tersebut.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 10 saat yang memaparkan objek bercahaya melintasi ruang udara sebelum dipercayai jatuh ke bumi, yang dirakam oleh beberapa pengguna media sosial di Sarawak.
Susulan itu, orang awam dinasihatkan agar tidak menyentuh atau mengambil sebarang objek mencurigakan yang ditemui bagi mengelakkan risiko bahaya.
Sebaliknya, penemuan objek tersebut hendaklah segera dilaporkan kepada pihak berkuasa melalui talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa di talian 03-8885 8685 atau emel bpadg@mosti.gov.my.
Berita berkaitan
April 9, 2026, 8:39 pm
Terkejut ada orang buang bayi baru lahir atas sofa depan rumah di Klang
April 9, 2026, 7:20 pm
Dakwaan nepotisme tidak berasas, Dr. Dzulkefly tarik balik saman terhadap Najib
April 9, 2026, 5:51 pm
Kerajaan suntik RM310 juta perkukuh industri filem, kandungan kreatif tempatan
April 9, 2026, 5:47 pm
Tiada niat fitnah, Najib akui Dr. Dzulkefly tidak terlibat amalan nepotisme
April 9, 2026, 5:38 pm
PKR belum bincang gesaan tindakan terhadap Rafizi Ramli - Fahmi
April 9, 2026, 3:28 pm
Rumah terbuka Aidilfitri oleh bukan Islam harus jika patuhi syarat, elak premis ibadat
April 9, 2026, 3:23 pm
Pembela sokong larangan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh persatuan tokong
April 9, 2026, 1:59 pm
