Berita Berita
Anwar Tegas tiada layanan dua darjat dalam kesilapan papar Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR 24 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa prinsip keadilan dan penghormatan terhadap simbol negara perlu ditegakkan tanpa mengira sama ada kesilapan dilakukan oleh media tempatan, agensi kerajaan mahupun syarikat luar.
Penegasan itu dibuat susulan isu terbaharu melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memaparkan Jalur Gemilang dengan reka bentuk tidak lengkap dalam laporan analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diedarkan hari ini.
Dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO), Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Anwar tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang gagal mematuhi ketepatan penggunaan simbol negara.
“Perdana Menteri tegaskan tiada layanan dua darjat. Tidak kisah sama ada media tempatan atau agensi kerajaan, prinsip keadilan dan hormat kepada simbol negara harus ditegakkan tanpa pengecualian,” ujar Tunku Nashrul.
Isu pemaparan Jalur Gemilang tidak lengkap ini bukan yang pertama. Minggu lalu, akhbar Sin Chew Daily menerima kecaman hebat selepas menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit. Situasi sama turut berlaku melibatkan sebuah syarikat luar negara dalam pameran di ibu negara.
Mengulas lanjut, Anwar menyambut baik penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penghasilan bahan penerbitan, namun mengingatkan bahawa tanggungjawab editorial manusia tidak boleh diketepikan.
“AI ialah alat yang hebat, tetapi jika digunakan secara cuai, ia boleh mengundang implikasi besar terhadap keharmonian negara. Setiap bahan melibatkan simbol negara atau sensitiviti rakyat mesti melalui semakan yang teliti, dengan semangat hormat dan tanggungjawab bersama,” katanya.
Dalam laporan KPM itu, imej yang dimuatkan menunjukkan Jalur Gemilang yang tergantung di dinding sebuah kelas hanya mempunyai lapan jalur merah putih dan dua bintang, berbanding 14 jalur dan satu bintang seperti sepatutnya.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan sebelum ini memohon maaf atas kecuaian tersebut dan memaklumkan bahawa siasatan terperinci sedang dijalankan. Laporan bercetak telah diarahkan untuk dipulangkan dan pembetulan sedang dilakukan. - Media Telus
Berita berkaitan
June 25, 2025, 1:21 pm
Kematian Cikgu Lo tidak berkait pinjaman ah long – polis
June 25, 2025, 1:15 pm
Ditinggalkan di taska sejak Mac lalu, JKM Melaka cari waris Arisa
June 25, 2025, 1:12 pm
IWK nafi air kumbahan punca banjir Taman Sri Muda
June 25, 2025, 1:10 pm
Budak 5 tahun nyaris lemas dihanyut ombak di Batu Ferringhi
June 25, 2025, 1:06 pm
Kelindan lori maut dalam nahas dua lori di Ayer Hitam
June 25, 2025, 1:01 pm
Lelaki ditemui mati dibunuh di Ipoh, polis syak senjata tajam digunakan
June 25, 2025, 12:03 pm
SPRM fail pelucutan hak ke atas Menara Ilham hari ini
June 25, 2025, 11:58 am