Berita Berita
Budak 5 tahun nyaris lemas dihanyut ombak di Batu Ferringhi

BATU FERINGGHI 25 Jun - Kejadian cemas menimpa sebuah keluarga dari Selangor apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun hampir lemas selepas dihanyutkan ombak ketika berkelah di Pantai Bayu Senja, di sini, pagi kelmarin.
Insiden kira-kira jam 10 pagi itu disedari tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Unit Tanjung Bungah yang sedang bertugas di menara tinjau APM, terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian, selepas terdengar jeritan ibu mangsa.
Pegawai Operasi APM Unit Tanjung Bungah, Mohammad Lili Mat Ibrahim berkata, ketika kejadian, keadaan laut bergelora dengan ombak kuat menarik mangsa sejauh 10 meter dari pantai.
"Mangsa dilihat terkapai-kapai namun berjaya dikesan anggota APM sebelum diselamatkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut beliau, pasukan penyelamat memberi rawatan awal dan bantuan CPR sebelum kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) menggunakan ambulans APM untuk rawatan lanjut.
"Orang ramai khususnya ibu bapa diminta supaya peka dengan keberadaan anak masing-masing ketika di pantai kerana perairan negeri ini sedang mengalami peralihan musim Monsun Barat Daya," katanya.
Berita berkaitan
June 25, 2025, 5:55 pm
Pengerusi NGO di Melaka suspek utama seleweng dana RM26 juta - Azam Baki
June 25, 2025, 2:59 pm
Lelaki maut dihempap tembok ketika kerja perparitan
June 25, 2025, 2:49 pm
Andalusia nafi jemaah umrah terkandas, penerbangan ditunda akibat isu teknikal
June 25, 2025, 2:47 pm
11 syarikat kenderaan barangan 'simpan' lebih 1,000 saman tertunggak - Anthony Loke
June 25, 2025, 2:35 pm
Sokongan 55 peratus bukti keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Anwar – Farahida
June 25, 2025, 2:19 pm
Polis 3 daerah di Pahang bergabung kawal keselamatan jajaran ECRL, kes curi kabel
June 25, 2025, 2:05 pm
Tiga sahabat terlepas hukuman gantung tuduhan edar ganja
June 25, 2025, 1:58 pm