Berita Berita
SPRM selesai siasat Ismail Sabri, bakal mohon lucut semua aset termasuk wang tunai RM170 juta, 16kg jongkong emas

PUTRAJAYA 25 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfailkan permohonan untuk melucutkan hak kesemua aset termasuk wang tunai RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' dikaitkan dengan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, proses itu akan dilakukan dalam masa terdekat selepas afidavit pelucutan dikemukakan pihaknya.
"Setakat ini, TPR bersetuju untuk difailkan proses pelucutan aset yang dirampas itu dalam tempoh seminggu atau dua lagi selepas kita kemukakan afidavit untuk melucutkan hak. Saya juga sahkan kes membabitkan Ismail Sabri sudah selesai disiasat dan bergantung kepada TPR untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Azam menjelaskan aset yang akan dilucut hak adalah sama seperti yang dipamerkan kepada media sebelum ini, termasuk wang tunai dalam pelbagai mata wang antarabangsa dan jongkong emas bernilai hampir RM7 juta.
Pada sidang media Mac lalu, SPRM mendedahkan rampasan wang tunai ratusan juta ringgit dan barangan berharga dalam tiga premis termasuk sebuah 'safehouse' berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Ismail Sabri. Wang itu membabitkan pelbagai mata wang termasuk Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan.
Menurut Azam, kini terpulang kepada Ismail Sabri untuk mencabar proses pelucutan hak aset tersebut melalui saluran undang-undang.
Berita berkaitan
June 25, 2025, 5:55 pm
Pengerusi NGO di Melaka suspek utama seleweng dana RM26 juta - Azam Baki
June 25, 2025, 2:59 pm
Lelaki maut dihempap tembok ketika kerja perparitan
June 25, 2025, 2:49 pm
Andalusia nafi jemaah umrah terkandas, penerbangan ditunda akibat isu teknikal
June 25, 2025, 2:47 pm
11 syarikat kenderaan barangan 'simpan' lebih 1,000 saman tertunggak - Anthony Loke
June 25, 2025, 2:35 pm
Sokongan 55 peratus bukti keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Anwar – Farahida
June 25, 2025, 2:19 pm
Polis 3 daerah di Pahang bergabung kawal keselamatan jajaran ECRL, kes curi kabel
June 25, 2025, 2:05 pm
Tiga sahabat terlepas hukuman gantung tuduhan edar ganja
June 25, 2025, 1:58 pm