Berita Berita
Syed Saddiq bebas: 'Saya tiada 'personal' dengan sesiapa, akan rayu di Mahkamah Persekutuan' - Azam Baki

PUTRAJAYA 25 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada sabitan dan hukuman atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan perkara itu dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.
"Saya dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) mengenai keputusan hari ini dan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan akan dibuat," katanya.
Ketika ditanya mengenai perasaannya berhubung keputusan mahkamah selepas siasatan dijalankan oleh pihaknya, Azam menegaskan beliau tidak berasa kecewa.
"Saya tiada 'personal' dengan sesiapa… tiada rasa kecewa atau suka dalam kita menyiasat apa-apa kes," katanya.
Terdahulu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin sebulat suara membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan yang dijatuhkan sebelum ini.
Berita berkaitan
June 25, 2025, 5:55 pm
Pengerusi NGO di Melaka suspek utama seleweng dana RM26 juta - Azam Baki
June 25, 2025, 2:59 pm
Lelaki maut dihempap tembok ketika kerja perparitan
June 25, 2025, 2:49 pm
Andalusia nafi jemaah umrah terkandas, penerbangan ditunda akibat isu teknikal
June 25, 2025, 2:47 pm
11 syarikat kenderaan barangan 'simpan' lebih 1,000 saman tertunggak - Anthony Loke
June 25, 2025, 2:35 pm
Sokongan 55 peratus bukti keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Anwar – Farahida
June 25, 2025, 2:19 pm
Polis 3 daerah di Pahang bergabung kawal keselamatan jajaran ECRL, kes curi kabel
June 25, 2025, 2:05 pm
Tiga sahabat terlepas hukuman gantung tuduhan edar ganja
June 25, 2025, 1:58 pm