Berita Berita
SPRM fail pelucutan hak ke atas Menara Ilham hari ini

PUTRAJAYA 25 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memfailkan permohonan pelucutan hak terhadap Menara Ilham, bangunan ikonik yang terletak di Jalan Binjai, Kuala Lumpur, dan dikaitkan dengan Allahyarham Tun Daim Zainuddin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, memaklumkan bahawa proses tersebut bukan mudah kerana melibatkan pelbagai dokumen dan penelitian terperinci.
“Kita akan lakukan proses pelucutan hak hari ini. Saya katakan, ia bukan melalui proses yang mudah kerana banyak perkara yang perlu diteliti, termasuk dokumen berkaitan Menara Ilham yang sangat tebal,” katanya pada sidang media bulanan SPRM di sini.
Menurut Azam, Menara Ilham merupakan salah satu daripada beberapa aset yang sedang dalam proses untuk dilucut hak oleh SPRM dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Menara Ilham telah disita semula oleh SPRM selepas mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya, menjadikan bangunan berkenaan antara tumpuan siasatan melibatkan harta peninggalan tokoh politik veteran itu. – Media Telus
Berita berkaitan
June 25, 2025, 5:55 pm
Pengerusi NGO di Melaka suspek utama seleweng dana RM26 juta - Azam Baki
June 25, 2025, 2:59 pm
Lelaki maut dihempap tembok ketika kerja perparitan
June 25, 2025, 2:49 pm
Andalusia nafi jemaah umrah terkandas, penerbangan ditunda akibat isu teknikal
June 25, 2025, 2:47 pm
11 syarikat kenderaan barangan 'simpan' lebih 1,000 saman tertunggak - Anthony Loke
June 25, 2025, 2:35 pm
Sokongan 55 peratus bukti keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Anwar – Farahida
June 25, 2025, 2:19 pm
Polis 3 daerah di Pahang bergabung kawal keselamatan jajaran ECRL, kes curi kabel
June 25, 2025, 2:05 pm
Tiga sahabat terlepas hukuman gantung tuduhan edar ganja
June 25, 2025, 1:58 pm