TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kelindan lori maut dalam nahas dua lori di Ayer Hitam

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU 25 Jun – Seorang kelindan lori maut selepas lori dinaikinya merempuh belakang sebuah lagi lori di Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Ayer Hitam, pagi tadi.

Kemalangan yang berlaku pada jam 8.36 pagi itu membabitkan sebuah lori muatan aksesori tandas dan sebuah lori muatan barangan.

Mangsa berusia 26 tahun yang menaiki lori membawa aksesori tandas disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori berkenaan, berusia 40 tahun, terselamat. Pemandu lori satu lagi, berusia 34 tahun, turut tidak mengalami kecederaan.

Kemalangan menyebabkan kesesakan teruk di laluan arah selatan kerana ketiga-tiga lorong terhalang akibat pelanggaran itu.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Nasrul Rahman Rusdi, pihaknya menerima panggilan kecemasan beberapa minit sebelum jam 9 pagi.

“Enam anggota dari Balai Bomba Ayer Hitam dikerahkan ke lokasi bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit kerana bahagian hadapan lori remuk teruk,” katanya.

Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, dalam satu lagi kejadian berasingan, tiga individu cedera selepas kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM78 Lebuhraya PLUS arah selatan, awal pagi tadi.

Ketiga-tiga mangsa, termasuk dua penumpang, terperangkap dalam kenderaan dan kemalangan itu berlaku kira-kira 2 kilometer dari lokasi nahas dua lori. – Media Telus

+ - reset