Berita Berita
Tertekan nak kerja atau sambung belajar lepas SPM, Boon Chin hilangkan diri dari rumah di Pontian

PONTIAN 30 April – Seorang remaja lelaki dipercayai bertindak menghilangkan diri dari rumahnya di Taman Benut Jaya, Benut sejak Isnin lalu, dipercayai akibat tekanan selepas menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Ibunya, Loh Siu Ling, 43, berkata, anaknya, Tan Boon Chin, 18, baharu sahaja mengambil keputusan SPM 2024 dan memperolehi keputusan lulus semua mata pelajaran.
“Dia macam dalam dilema sama ada nak sambung belajar atau bekerja.
“Sebab dia ada bercakap nak pergi kerja sebab kawan-kawan dia ada yang kerja di Singapura,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Siu Ling berkata, kali terakhir kelibat anak sulung dua beradik itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) adalah ketika berada di hadapan sebuah perhentian bas di Benut, memakai baju biru dan seluar hitam semasa berjoging.
Katanya, pada hari kejadian, anaknya keluar beriadah kira-kira pukul 8 pagi, namun tidak pulang seperti kebiasaannya.
“Dalam rakaman CCTV tersebut tidak merakamkan Boon Chin berulang-alik seperti aktiviti berjogging namun ketika rakaman ketika itu pada pukul 8.05 pagi,” katanya.
Tambah Siu Ling, ketika kehilangannya, Boon Chin tidak membawa sebarang beg pakaian dan meninggalkan telefon bimbit di rumah.
Jelasnya, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menghubungi ahli keluarga terdekat, namun masih belum berjaya menjejaki Boon Chin.
Kosmo! semalam melaporkan orang ramai diminta membantu mencari remaja berusia 18 tahun itu yang hilang sejak beberapa hari lalu.
Orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak Boon Chin diminta menghubungi Ketua Balai Polis Benut, Sarjan Mejar (SM) Norazli Salleh di talian 019-7475485 atau hotline 07-6869999, atau mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
July 21, 2025, 1:02 pm
Kerajaan pertimbang wajibkan rakyat daftar MyDigital ID - Dr Zaliha
July 21, 2025, 12:15 pm
Kes Zayn Rayyan: Zaim dibebaskan, Ismanira diperintah bela diri
July 21, 2025, 12:14 pm
24 penghuni termasuk 4 ustaz Maahad Tahfiz Husnul Khotimah terselamat dalam kebakaran asrama
July 21, 2025, 12:02 pm
Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Flat Hang Tuah
July 21, 2025, 11:58 am
Warga emas rugi RM158,000 diperdaya sindiket waran tangkap palsu
July 21, 2025, 11:56 am
Penghargaan luar biasa kepada rakyat akan diumum esok atau Rabu - Anwar
July 21, 2025, 11:53 am
Mohamad Hasan nafi lawatan Anwar ke Perancis dan Itali tiada makna
July 21, 2025, 11:37 am
Mahkamah Rayuan benarkan Anwar tangguh prosiding saman Yusoff Rawther
July 21, 2025, 11:31 am
Puad syor Ketua Hakim Negara tidak dilantik pengerusi JAC
July 21, 2025, 11:25 am