Berita Berita
Tiga lelaki maut dalam nahas langgar 'divider' di susur keluar Balakong

KUALA LUMPUR 2 Mei – Tiga nyawa melayang dalam kemalangan tragis awal pagi Jumaat apabila sebuah kereta terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara, berhampiran susur keluar Balakong.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan bahawa panggilan kecemasan diterima melalui MERS999 pada jam 5.57 pagi.
Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dengan bantuan BBP Bukit Jalil, melibatkan 10 anggota, dikejarkan ke lokasi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Shahrum Din berkata pasukan tiba di tempat kejadian pada jam 6.07 pagi.
Siasatan awal mendapati kejadian melibatkan sebuah Toyota Vios yang hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Balakong.
Semua mangsa lelaki didapati tersepit dalam kenderaan dan berada dalam keadaan parah.
Pasukan bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan ketiga-tiga mangsa, yang kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi.
Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 7.29 pagi dan kes kini diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Berita berkaitan
September 8, 2025, 11:10 pm
Pemotong rumput selisih ajal terjatuh lubang enam meter semasa kerja pembersihan di Semenyih
September 8, 2025, 10:20 pm
Hospital Kemaman siap 84 peratus, lewat 8 tahun akibat masalah kewangan kontraktor - Dr Dzulkefly
September 8, 2025, 8:36 pm
Ismail Sabri, bekas setiausaha politik tidak cabar pelucutan hak RM169 juta oleh SPRM
September 8, 2025, 5:48 pm
Lelaki positif dadah tergamak cucuk mata ibu kandung baru pulang kelas agama hingga cedera
September 8, 2025, 4:19 pm
Pengawal keselamatan direman, cederakan ibu sendiri
September 8, 2025, 4:12 pm
UMNO tegur MIC hadir perhimpunan Armada Bersatu
September 8, 2025, 4:02 pm
Subsidi petrol RON95 disasar guna sistem PADU, diumum hujung bulan ini
September 8, 2025, 3:56 pm
KPKM kaji permintaan naikkan harga beras putih tempatan kepada RM3.60 sekilogram
September 8, 2025, 3:05 pm