Berita Berita
Lelaki lemas jatuh laut ketika sauk kerang di Jambatan Kedua Pulau Pinang

SEBERANG PERAI 2 Mei – Seorang pemuda yang dilaporkan terjatuh ke laut ketika menyauk kerang di Kilometer 4.2, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau lebih dikenali sebagai Jambatan Kedua di sini semalam ditemukan lemas, pagi tadi.
Mangsa, Ismail Ahmad, 28, dijumpai sekumpulan nelayan berhampiran sangkar ikan Sungai Udang, kira-kira pukul 9.40 pagi.
Difahamkan, mayat mangsa ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi dipercayai dia terjatuh.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pasukan penyelamat dengan bantuan Maritim Malaysia (APMM).
“Mayat lelaki itu ditemui kumpulan nelayan berdekatan sangkar Sungai Udang. Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Batu Musang, Batu Kawan dan diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.” katanya kepada Kosmo Online di sini, hari ini.
Terdahulu jelasnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa semalam dihentikan pada lewat petang semalam ekoran angin kuat dan hujan lebat.
“Operasi SAR disambung semula pada pukul 8 pagi tadi dengan melibatkan bantuan daripada pasukan APMM, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan komuniti nelayan,” tambahnya.
Semalam, media melaporkan seorang pemuda dilaporkan terjatuh ke laut selepas bot yang dia pandu dipercayai terlanggar tiang nombor 274 Jambatan Kedua Pulau Pinang, kira-kira pukul 10 pagi semalam.
Berita berkaitan
June 26, 2025, 2:01 pm
Lelaki dijel sebulan tunggang basikal hingga sebabkan kemalangan maut
June 26, 2025, 1:38 pm
Operasi cari nelayan hilang di perairan Kuala Terengganu diteruskan hari ini
June 26, 2025, 1:33 pm
Steven Sim tidak berganjak lawan Zaharuddin isu pelantikan Johnny Lim
June 26, 2025, 1:28 pm
Warga emas aktif pecah rumah diberkas, polis rampas barangan mewah bernilai RM300,000
June 26, 2025, 1:22 pm
MUDA tawar Syed Saddiq kembali terajui parti sebagai presiden
June 26, 2025, 12:47 pm
Bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara mengaku tidak bersalah terima suapan kereta mewah
June 26, 2025, 12:16 pm
SME Bank umum inisiatif RM211 juta perkukuh PMKS di bawah ekonomi Madani
June 26, 2025, 12:01 pm