Berita Berita
Dua anggota polis direman seminggu disyaki terima rasuah tutup kes judi, dadah

KUALA TERENGGANU 5 Mei - Dua anggota polis direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM5,000 bagi menutup kesalahan berkaitan kes judi dan dadah.
Perintah reman sehingga 11 Mei itu dikeluarkan oleh Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini pada Isnin.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki ditahan antara jam 12.30 tengah hari hingga 2 petang pada Ahad ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Terengganu.
"Siasatan awal mendapati suspek pertama berusia lingkungan 50-an dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 daripada seorang individu sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan perjudian dan narkotik.
"Kesalahan itu dipercayai dilakukan sekitar Ogos 2024," katanya.
Selain itu, suspek kedua yang berusia 40-an pula disyaki melakukan perbuatan sama antara Disember 2022 hingga Mei 2023 melibatkan jumlah kira-kira RM2,000.
"Suapan itu dipercayai diterima secara tunai dan juga melalui transaksi pindahan wang ke akaun bank peribadi masing-masing," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan bahawa kes itu disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Berita berkaitan
June 30, 2025, 12:04 pm
SKSPS capai had maksimum, MAHIMA rayu kerajaan tambah kuota lindungi pekerja rumah ibadat
June 30, 2025, 11:50 am
Hamidin dilantik Presiden Kehormat FAM
June 30, 2025, 11:38 am
Tanjung Aru jadi tumpuan: program Gempur Sabah selesai dengan kejayaan
June 30, 2025, 11:27 am
Ramai yang tidak senang, Anwar minta penjawat awam pertahan pembangunan Kota Madani
June 30, 2025, 11:18 am
Anwar tegur dakwaan mahasiswa berkaitan kenaikan kadar elektrik akibat SST
June 30, 2025, 11:11 am
PU Azman ajar agama, hafaz al-Quran empat juzuk di Penjara Kajang
June 30, 2025, 10:15 am
Lelaki parah, usus terburai ditikam rakan ketika mabuk
June 30, 2025, 9:31 am
Suri rumah ditahan disyaki dera, abai anak angkat diambil sejak bayi
June 30, 2025, 9:08 am
SST tidak bebankan ibu bapa hantar anak ke taska, tadika swasta – Nancy
June 29, 2025, 7:20 pm