Berita Berita
'Ibu hempas anak 2 bulan ke lantai bilik air, bapa tumbuk sebab tak tahan dengar tangisan'

MELAKA, 7 Mei — Sepasang suami isteri muda direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki mendera bayi lelaki mereka yang baru berusia dua bulan sehingga mengalami kecederaan serius dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU), Hospital Melaka.
Perintah reman hingga 13 Mei itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Ayer Keroh, Haderiah Siri bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pasangan tersebut, masing-masing berusia 22 tahun, tiba di mahkamah sekitar jam 9.15 pagi dengan kawalan ketat anggota polis.
Sebelum itu, bayi malang itu dibawa ke Hospital Alor Gajah dalam keadaan tidak sedarkan diri pada Isnin oleh ibunya sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.
Namun, suspek wanita didakwa meninggalkan bayi itu tanpa pemantauan sejak jam 1 pagi selepas memberitahu bayi berkenaan mengalami sawan.
Pihak hospital yang curiga telah membuat laporan polis selepas pemeriksaan mendapati bayi tersebut mengalami pendarahan baru dan lama dalam kepala, serta kesan lebam dan luka pada badan serta leher sehingga mencetuskan syak kuat berlaku penderaan.
“Siasatan awal mendapati si ibu dipercayai menghempas bayi itu ke lantai bilik air ketika memandikannya, manakala si bapa pula mengaku menumbuk anaknya kerana tidak tahan dengan tangisan,” kata sumber.
Pasangan muda itu ditahan sekitar jam 6.30 petang kelmarin selepas laporan dibuat pihak hospital. Kes ini telah menimbulkan kemarahan dan simpati orang ramai di media sosial yang menuntut keadilan segera buat bayi tidak berdosa tersebut.
Bayi itu kini dalam rawatan rapi dan pemantauan penuh oleh pihak perubatan.
Orang awam yang mempunyai maklumat tambahan diminta menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
July 7, 2025, 12:18 pm
Saksi penting kes ugutan bunuh Exco Armada akan beri keterangan – Polis
July 7, 2025, 11:49 am
Rafizi gesa RCI ditubuhkan siasat kemelut kehakiman negara
July 7, 2025, 11:25 am
Jaga-jaga, JPJ tarik balik lesen peserta MyLesen B2 jika merempit
July 7, 2025, 11:17 am
Pemandu SUV rempuh restoran kerana tertekan pedal minyak
July 7, 2025, 10:58 am
Enam beranak hilang ditemui maut dalam kereta tenggelam di Sungai Korok
July 7, 2025, 7:50 am
Suami, isteri bersama 4 anak gagal dikesan selepas bermalam di rumah saudara di Jitra
July 6, 2025, 4:19 pm