Berita Jenayah
Polis buru 5 penyamun menyamar polis, pecah masuk rumah pesara di Semenyih

KAJANG 9 Mei - Polis sedang giat mengesan lima individu yang menyamar sebagai anggota polis sebelum memecah masuk dan menyamun sebuah rumah di kawasan Semenyih, Ahad lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, kejadian berlaku kira-kira jam 5.02 pagi ketika seorang pesara berusia 55 tahun berada di rumah bersama tiga ahli keluarganya.
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai pelitup muka, dengan dua daripada mereka memakai vest polis. Mereka memecah pintu utama sebelum memasuki rumah dan melarikan dua telefon bimbit serta wang tunai kira-kira RM500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Video kejadian itu turut tular di media sosial, memperlihatkan kumpulan lelaki terbabit — termasuk salah seorang yang menendang pintu — sedang cuba memasuki kediaman berkenaan.
Naazron berkata, jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah RM9,000 dan pihaknya sudah melancarkan operasi khas bagi menjejaki kesemua suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan serta Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-9140758 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
July 16, 2025, 4:25 pm
Polis sahkan adegan bogel dalam program motivasi eHati
July 16, 2025, 2:39 pm
Polis tumpas Geng Roni, sindiket seludup migran di Setapak
July 16, 2025, 12:09 pm
Pesara tentera didakwa rogol anak darjah 6 hingga hamil, mohon ikat jamin nak sara enam anak
July 15, 2025, 7:37 pm
Lelaki amuk ketika operasi roboh DBKL ditahan polis
July 15, 2025, 3:03 pm
Perselisihan faham jadi punca wanita dikelar bekas teman lelaki
July 14, 2025, 9:32 pm
Lelaki Bangla didakwa cabul kehormatan jururawat di Hospital Melaka
July 14, 2025, 12:20 pm