Berita Berita
Dua beranak nyaris lemas selepas kereta terjunam ke kolam kumbahan

KOTA KINABALU 9 Mei - Detik cemas menyelubungi dua beranak apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam kolam kumbahan di Taman Kingfisher, pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar 8.30 pagi, wanita warga emas berusia 79 tahun dan anak lelakinya berumur 49 tahun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, sepasukan 10 anggota digerakkan ke lokasi selepas panggilan kecemasan diterima pada jam 8.36 pagi.
“Kenderaan jenis Perodua Viva dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam kolam kumbahan,” katanya.
Diselamatkan Orang Awam Guna Kayu
Menurut Agustavia, beberapa orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan bertindak pantas menyelamatkan mangsa menggunakan sebatang kayu untuk dijadikan tempat berpaut.
“Wanita warga emas berjaya keluar melalui pintu belakang, manakala anaknya keluar menerusi tingkap pemandu,” ujarnya.
Tambah beliau, salah seorang penyelamat adalah anggota bomba yang sedang bercuti, iaitu Pegawai Bomba Kanan I Hasrulnizam Md Zain dari BBP Lintas.
Mangsa Selamat, Operasi Tamat Kurang 30 Minit
Kedua-dua mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan telah ditenangkan oleh orang awam sementara menunggu ketibaan bomba.
Operasi menyelamat tamat pada jam 8.54 pagi selepas pasukan bomba memastikan keadaan benar-benar selamat. - Media Telus
Berita berkaitan
October 7, 2025, 3:46 pm
Himpunan Solidariti Flotilla Sumud Nusantara di Axiata Arena esok
October 7, 2025, 3:39 pm
MP PN gesa Tiong King Sing mohon maaf, letak jawatan isu hidangan arak
October 7, 2025, 3:32 pm
23 aktivis misi Global Sumud Flotilla tiba di tanah air malam ini
October 7, 2025, 3:28 pm
Lebih 31,000 rakyat baharu layak terima subsidi BUDI95 – MoF
October 7, 2025, 3:21 pm
Kakitangan FAM tersilap muat naik dokumen pemain warisan – FAM
October 7, 2025, 1:33 pm
KKM bentang cadangan haramkan sepenuhnya vape tahun ini
October 7, 2025, 1:19 pm
Anwar beri amaran keras kepada MOTAC isu hidang arak di majlis rasmi
October 7, 2025, 1:10 pm
Tiada halangan daftar SUV sebagai e-hailing – Loke
October 7, 2025, 1:05 pm