Berita Berita
Polis tahan pelatih gimnasium disyaki ugut wanita mahu simbah asid

KUALA LUMPUR 9 Mei – Seorang jurulatih gimnasium ditahan pihak polis selepas disyaki mengugut untuk menyimbah asid ke atas seorang ahli perniagaan wanita dalam kejadian di sebuah gimnasium di Taman Melawati, Ampang, bulan lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, suspek lelaki berusia 42 tahun itu diberkas di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada Selasa lalu.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 2 petang, 22 April lalu ketika mangsa berusia 31 tahun sedang berehat di pusat kecergasan tersebut dan didatangi suspek yang menegurnya sebelum memberi amaran berbaur ancaman.
“Dalam perbualan itu, suspek dikatakan memberi amaran kepada mangsa supaya tidak bersikap sombong jika tidak mahu disimbah asid.
“Mangsa yang juga ahli gimnasium berkenaan berasa takut dengan ugutan itu lalu membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif tiga jenis dadah iaitu amphetamine, methamphetamine dan tetrahydrocannabinol (THC), bagaimanapun tiada rekod jenayah lampau direkodkan terhadapnya.
Suspek direman selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Mei untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, yang boleh membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya.
Tambah Mohd Azam, pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara dan menerima arahan untuk mendakwa suspek di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
“Suspek didakwa di Mahkamah Majistret Ampang Jaya semalam dan dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
“Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM300 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 22 Julai ini,” jelas beliau.
Berita berkaitan
August 4, 2025, 12:55 pm
Hanya sijil halal AS diiktiraf JAKIM dibenar untuk import – Tengku Zafrul
August 4, 2025, 12:26 pm
MoT kekal larangan keluaran nombor pendaftaran khas untuk NGO, syarikat
August 4, 2025, 12:25 pm
Sistem tapisan penumpang awal dilaksana hujung tahun, tangani kemasukan haram – Saifuddin
August 4, 2025, 12:14 pm
KPDN Johor siasat kenderaan Singapura isi RON95 di Iskandar Puteri
August 4, 2025, 12:06 pm
Wanita berstatus isteri ditahan bersama duda dalam serbuan JAINJ di Kluang
August 4, 2025, 12:03 pm
Lima anggota tentera dikejarkan ke hospital akibat strok haba ketika latihan medan di Perak
August 4, 2025, 11:51 am
Asyraf Wajdi: Tegas pada peminjam culas demi bantu lebih ramai Melayu
August 4, 2025, 11:43 am