Berita Berita
Laporan polis dibuat terhadap akaun Facebook hina Premier Sarawak

KUCHING 12 Mei - Satu laporan polis telah dibuat hari ini terhadap pemilik akaun Facebook ‘Mike Rain’ yang didakwa memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, termasuk ahli keluarganya.
Laporan berkenaan dikemukakan oleh sekumpulan lapan Setiausaha Politik Premier Sarawak, yang diketuai oleh Abdul Samad Gany, di Balai Polis Satok, Kuching.
“Kenyataan yang dimuat naik oleh individu ini boleh membangkitkan kebencian serta menjatuhkan maruah pemimpin negeri,” kata Abdul Samad kepada media.
Beliau berkata, kandungan yang disebarkan itu bersifat keterlaluan dan berunsur penghinaan peribadi, yang turut menyentuh aspek keluarga serta keturunan.
Abdul Samad menegaskan bahawa laporan tersebut dibuat agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak berkuasa bertindak segera di bawah peruntukan undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kami tidak menolak hak kebebasan bersuara, tetapi ia mesti disampaikan secara berhemah dan berlandaskan fakta, bukan dengan kata-kata kesat atau tuduhan melulu,” tegas beliau.
Laporan serupa akan turut dibuat di beberapa kawasan lain di Sarawak termasuk Sibu, Miri dan Bintulu dalam masa terdekat. - Media Telus
Berita berkaitan
October 15, 2025, 9:28 pm
Pejabat DUN Sijangkang runtuh akibat ribut, wanita cedera terperangkap setengah jam
October 15, 2025, 8:21 pm
Gagal bayar hutang lebih RM1 juta, barangan mewah Datuk Seri Vida dilelong 30 Oktober ini
October 15, 2025, 6:46 pm
Bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan Lembah Klang, TNB sahkan gangguan sedang dibaiki
October 15, 2025, 6:08 pm
'Saya tak sangka dia yang pendiam mampu melakukan keganasan' - Bapa suspek
October 15, 2025, 4:59 pm
Tekanan emosi, pengaruh media sosial punca remaja tikam rakan sekolah - Polis
October 15, 2025, 4:02 pm
Rayer jemput Wan Ahmad Fayhsal sertai blok kerajaan selepas digantung Bersatu
October 15, 2025, 3:58 pm
Pemandu bas dipenjara 66 tahun, 22 sebatan amang seksual 5 pelajar perempuan dalam bas
October 15, 2025, 3:45 pm
Pemegang lesen memandu Singapura layak mohon subsidi BUDI95 mulai esok - Loke
October 15, 2025, 3:38 pm