Berita Berita
Pemandu maut tersepit dalam kabin lori muatan tar di Balik Pulau

BALIK PULAU 13 Mei – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang membawa muatan tar dipandunya terbabas di selekoh jalan kawasan berbukit sebelum terbalik dalam kejadian di Jalan Tun Sardon, malam tadi.
Mangsa, Shahrizal Ahmad, 44, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di bahagian kabin belakang tempat duduk pemandu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.22 malam.
Menurut beliau, operasi menyelamat melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau yang diketuai Komander Operasi, Mohd Faiz Helmi.
“Kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa muatan tar telah terbabas di selekoh jalan berbukit dan terbalik. Seorang lelaki ditemui tersepit di ruang kabin lori.
“Komander operasi segera menjalankan penilaian situasi (‘size-up’) dan kerja-kerja penstabilan kenderaan dilakukan sebelum mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan khas ‘rescue tool’,” katanya.
Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 12.48 tengah malam namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Tambah beliau, operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 1.35 pagi.
Berita berkaitan
August 15, 2025, 11:43 pm
'Kantoi' kemuka tempahan hotel palsu, 98 warga Bangladesh ditolak masuk Malaysia di KLIA
August 15, 2025, 11:19 pm
Buli kini jenayah, pelaksanaan Seksyen 507B hingga 507G diselaraskan - Fahmi
August 15, 2025, 8:37 pm
Budak 10 tahun di Melaka merajuk keluar rumah gara-gara disuruh tidur awal
August 15, 2025, 6:00 pm
AGC pesan rakyat jangan ambil tindakan sendiri isu bendera, serah saja kepada pihak berkuasa
August 15, 2025, 5:12 pm
Kerajaan beri elaun khas kepada penjawat awam sambung belajar -PM
August 15, 2025, 5:02 pm
Persidangan TVET ASEAN perkukuh ekonomi hijau dan digital seiring kemahiran masa depan
August 15, 2025, 4:37 pm
KPM laksana pengambilan guru tetap 2 kali setahun atasi kekosongan
August 15, 2025, 3:55 pm