Berita Berita
Saat yang dinanti-nanti, Imigresen gempur Mentari Court, 597 PATI dicekup

PETALING JAYA 23 Mei – Cubaan seorang pendatang tanpa izin (PATI) untuk menyamar sebagai warga tempatan terbongkar apabila dia gagal menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku semasa disoal pihak berkuasa dalam satu operasi besar-besaran di sebuah pangsapuri di Bandar Sunway, malam tadi.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu merupakan antara 597 PATI yang ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen selepas pemeriksaan dilakukan terhadap 1,597 warga asing dalam serbuan yang bermula jam 9 malam.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Jafri Embok Taha berkata operasi mega itu melibatkan 139 anggota Imigresen bersama 200 anggota Pasukan Gerakan Am, 40 anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), enam pegawai Jabatan Pendaftaran Negara serta lima anggota Angkatan Pertahanan Awam.
“Semua individu yang ditahan berumur 11 hingga 59 tahun, terdiri daripada 472 lelaki dan 125 wanita,” katanya dalam sidang media di lokasi serbuan.
Menurutnya, operasi dijalankan selepas dua minggu risikan dibuat susulan aduan awam mengenai kehadiran warga asing dalam jumlah besar di kawasan berkenaan.
“Tangkapan membabitkan 226 warga Myanmar, 201 warga Indonesia, 71 dari Bangladesh, 46 dari Pakistan, 44 warga Nepal serta lapan warga India dan seorang warga Thailand,” katanya.
Jafri berkata, pemeriksaan mendapati kebanyakan unit kediaman disewa secara berkumpulan dan dijadikan asrama pekerja oleh majikan, sekali gus menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat.
“Penduduk menyuarakan kebimbangan terhadap isu keselamatan dan kebersihan apabila kawasan perumahan menjadi sesak dan tidak terurus,” katanya.
Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tiada dokumen pengenalan diri, tinggal melebihi tempoh, penyalahgunaan pas kerja dan pelajar, serta memiliki kad pengenalan palsu.
“Ada yang cuba melarikan diri dan bersembunyi di bumbung. Malah, ada juga yang enggan membuka pintu semasa pemeriksaan.
Terdapat individu menunjukkan pas pelajar, tetapi gagal mengemukakan kad pelajar. Semakan mendapati ada pas yang tamat sejak 2022 dan 2023,” katanya.
Sementara itu, Pegawai MBPJ, Mohamad Zahri memaklumkan pihaknya turut mengenal pasti beberapa unit kediaman yang diubah suai secara haram menjadi restoran, salun dan asrama warga asing tanpa kebenaran.
“Ada rumah dipasang ‘partition’ dan disewakan sebagai bilik kecil dengan kadar RM280 sebulan, manakala sewa keseluruhan unit mencecah RM1,100 hingga RM1,300.
Sebanyak 22 aduan direkodkan tahun lalu, manakala 11 aduan diterima bagi tahun ini di kawasan sama,” ujarnya.
Semua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007.
Berita berkaitan
August 22, 2025, 8:44 pm
JPMorganChase setuju bayar RM1.4 bilion capai penyelesaian kes 1MDB
August 22, 2025, 8:09 pm
'Harga barang turun lepas harga minyak turun? Susah nak cakap' - Rafizi
August 22, 2025, 5:13 pm
Jururawat dari Pahang korban terbaru Himpunan RXZ Members terbabas di LPT2
August 22, 2025, 3:23 pm
Pengasuh menangis panggil ibu selepas didakwa sebabkan kematian bayi 7 bulan di taska
August 22, 2025, 3:22 pm
Jumpa najis tikus, tiga premis makanan di Pulau Pinang ditutup
August 22, 2025, 3:17 pm
Lelaki ahli sindiket Geng Susu Kangkang didakwa curi 11 kotak susu formula
August 22, 2025, 3:11 pm
MyBurgerLab pecat COO gara-gara kenyataan yang dianggap hina solat Jumaat
August 22, 2025, 3:09 pm
Eksekutif jualan maut kemalangan dalam perjalanan sertai Himpunan RXZ
August 22, 2025, 3:07 pm
SPRM anggap 1MDB kes paling kompleks dalam sejarah
August 22, 2025, 3:01 pm