Berita Berita
Jaga-jaga cuaca panas, 3 negeri cecah suhu 37 darjah celsius

KUALA LUMPUR 3 Jun - Status cuaca panas yang melanda beberapa daerah di tiga negeri kini berada pada Tahap 1 atau berjaga-jaga kerana mencatat suhu maksimum harian hingga 37 darjah celsius tiga hari berturut-turut.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, tiga negeri itu ialah Kedah membabitkan daerah Bandar Baharu, Perak (Larut dan Matang, Kuala Kangsar serta Perak Tengah), dan Kelantan (Machang dan Kuala Krai).
Sementara itu, negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak pula merekodkan suhu harian kurang daripada 35 darjah celsius.
Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas yang berpanjangan.
Ia termasuk mengelak daripada melakukan kegiatan fizikal di bawah pancaran matahari yang terik, minum air secukupnya, dan berada di tempat teduh atau berhawa dingin.
Berita berkaitan
August 18, 2025, 8:37 pm
Ahli Parlimen Pendang digantung 10 hari kerana cetus kekecohan di Dewan Rakyat
August 18, 2025, 8:31 pm
Tengku Zafrul tegas akan kekal dalam politik
August 18, 2025, 8:23 pm
Kerajaan Madani sokong penuh program RXZ Members 7.0 sebagai pemangkin ekonomi dan perpaduan
August 18, 2025, 8:16 pm
11 kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Kebun Teh Lama
August 18, 2025, 6:41 pm
Hukuman penjara, denda menanti lelaki Islam culas solat Jumaat di Terengganu
August 18, 2025, 6:15 pm
Restoran tawar ganjaran RM30,000 bantu siasatan Zara Qairina
August 18, 2025, 3:33 pm
Perbicaraan saman RM150 juta Mahathir terhadap Anwar bermula 21 Oktober
August 18, 2025, 3:26 pm
Wanita China dipenjara sebulan, denda RM2,000 cederakan pegawai imigresen di KLIA
August 18, 2025, 3:16 pm
Selesai teliti kertas siasatan, Peguam Negara putuskan untuk tuduh suspek kes buli Zara Qairina
August 18, 2025, 2:53 pm