Berita Berita
Wanita maut digilis lori, anak cedera motosikal dinaiki rempuh pintu Vios dibuka secara tiba-tiba di Jalan Ipoh

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Seorang wanita berusia 55 tahun maut, manakala anak lelakinya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 5, Jalan Ipoh menghala ke Bulatan Kepong, semalam.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 1.45 petang.
Siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika mangsa dan anaknya sedang menunggang motosikal di lorong kiri jalan, sebelum sebuah kereta Toyota Vios yang berhenti di bahu jalan secara tiba-tiba membuka pintu pemandu tanpa memerhati aliran trafik.
“Tindakan membuka pintu secara mengejut itu menyebabkan motosikal mangsa melanggar pintu kereta terbabit. Akibatnya, penunggang tercampak atas jalan, manakala pembonceng tercampak ke arah sebuah lori yang sedang bergerak di lorong kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kedua-dua mangsa segera dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan, namun wanita yang juga pemilik motosikal disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan. Anak lelakinya hanya mengalami kecederaan ringan di kaki dan tangan.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau membahayakan.
Berita berkaitan
September 8, 2025, 11:10 pm
Pemotong rumput selisih ajal terjatuh lubang enam meter semasa kerja pembersihan di Semenyih
September 8, 2025, 10:20 pm
Hospital Kemaman siap 84 peratus, lewat 8 tahun akibat masalah kewangan kontraktor - Dr Dzulkefly
September 8, 2025, 8:36 pm
Ismail Sabri, bekas setiausaha politik tidak cabar pelucutan hak RM169 juta oleh SPRM
September 8, 2025, 5:48 pm
Lelaki positif dadah tergamak cucuk mata ibu kandung baru pulang kelas agama hingga cedera
September 8, 2025, 4:19 pm
Pengawal keselamatan direman, cederakan ibu sendiri
September 8, 2025, 4:12 pm
UMNO tegur MIC hadir perhimpunan Armada Bersatu
September 8, 2025, 4:02 pm
Subsidi petrol RON95 disasar guna sistem PADU, diumum hujung bulan ini
September 8, 2025, 3:56 pm
KPKM kaji permintaan naikkan harga beras putih tempatan kepada RM3.60 sekilogram
September 8, 2025, 3:05 pm