Berita Berita
Pelajar Tingkatan 5 maut motosikal ditunggang rempuh belakang lori di Pasir Puteh

PASIR PUTEH 27 Jun - Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 30, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, berhampiran Simpang Tiga Banir Belikong, semalam.
Mangsa, Nik Ikram Hakimi Nik Mohd Nuzaihan, 17, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.15 petang ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Selising menuju ke Pasir Puteh.
“Setiba di tempat kejadian, sebuah lori dari arah bertentangan yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun dipercayai membelok ke simpang Banir Belikong.
“Mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang lori terbabit sebelum tercampak ke laluan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Aliah Syafinah Ani Sarudin di talian 013-6706156 bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
August 21, 2025, 10:43 pm
Jet pejuang TUDM F/A-18D Hornet terhempas di Kuantan
August 21, 2025, 10:32 pm
Budak 5 tahun parah, bapa cedera motosikal ditunggang terbabas elak anjing liar di Setiu
August 21, 2025, 10:03 pm
Dua beradik lemas dalam kolam tadahan air tapak pembinaan di Chemor
August 21, 2025, 8:26 pm
Dua penuntut universiti maut jatuh kondominium sama dalam tempoh 24 jam
August 21, 2025, 5:53 pm
Dua kematian akibat Covid-19 direkodkan setakat bulan Ogos – KKM
August 21, 2025, 5:30 pm
Anak panah terkena kereta, MSN tangguh latihan memanah di Pulau Pinang
August 21, 2025, 5:13 pm
Juruelektrik didakwa sebat anak tiri dengan batang paip PVC sebab hisap vape
August 21, 2025, 4:15 pm