TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ibu bawa 2 anak naik motor nyaris jatuh lepas jadi mangsa ragut

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 24 Mei - Polis kini memburu seorang penunggang motosikal yang meragut gelang tangan emas milik seorang wanita di Taman Bandar Senawang, Seremban, 12.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 16 saat yang memaparkan kejadian ragut itu di media sosial sejak semalam.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika pengadu seorang wanita Melayu berusia 33 tahun bersama dua orang anak menaiki motosikal.

“Sampai di simpang Jalan Dareca 2, tiba tiba datang seorang lelaki dipercayai berbangsa Melayu menunggang motosikal jenis 125Z berwarna biru.

“Penunggang motosikal telah bertindak meragut gelang tangan emas milik pengadu dan melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pengadu tidak mengalami kecederaan akibat kejadian dan usaha mengesan suspek kini dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Faizal Mohd Zaini di talian 013-3611854.

#RAGUT #IBU #MOTOSIKAL #JENAYAH

+ - reset