Berita Berita
Polis sahkan pengasas eHati, suami ditahan
SHAH ALAM 15 Julai – Pasangan suami isteri yang merupakan pengasas bersama syarikat berkaitan program motivasi, e-HATI ditahan polis, hari ini.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim.
“Pengasas eHATI dan suami telah ditahan. Maklumat lanjut menyusul selepas beberapa tindakan diambil termasuk serbuan dan tangkapan lain,” katanya hari ini.
Media semalam melaporkan siasatan polis terhadap program motivasi rumah tangga eHATI yang mencetuskan kontroversi kini ditumpukan kepada tiga jenis kesalahan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dipetik berkata, siasatan terhadap program itu sebelum ini telah dimulakan melalui pembukaan kertas inkuri polis (KEP).
Katanya, hasil siasatan lanjut, kes tersebut kini telah diklasifikasikan dibawah kertas siasatan Seksyen 294 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.
“Siasatan dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan setiap aspek dakwaan dapat dinilai dengan adil.
“Sehubungan itu, pihak polis akan memanggil semua peserta yang hadir dalam program tersebut untuk dirakam percakapan dibawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan,” katanya.
Berita berkaitan
April 11, 2026, 7:24 pm
Warga Singapura ditahan isi RON95 di JB, kes pertama sejak larangan berkuat kuasa
April 11, 2026, 6:02 pm
Malaysia berdepan tempoh kritikal Jun hingga Julai ini - Menteri Ekonomi
April 11, 2026, 5:13 pm
13 budak ditahan bergaduh depan sekolah di JB
April 11, 2026, 4:58 pm
Kejohanan Futsal B-17 Sarawak platform cungkil bakat ke Sukma 2026 - Mordi
April 11, 2026, 12:51 pm
Polis sahkan suspek conteng kalimah Allah pada dinding tokong sakit mental
April 10, 2026, 6:49 pm
Hannah Yeoh cadang orang ramai masuk KL lebih awal kurangkan sesak waktu puncak
April 10, 2026, 5:29 pm
Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan disyaki dalang kes samun RM4.4 juta
April 10, 2026, 5:14 pm
