Berita Berita
Guru besar maut kemalangan, kereta terbakar 80 peratus
KUANTAN 30 Julai – Seorang guru besar maut dalam nahas jalan raya apabila kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas berhampiran Sekolah Kebangsaan Guai, Bera, pada petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa Mohd Sabri Bakar, 59, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Durian Hijau, Jerantut dan beralamat di Temerloh, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan menuju ke rumah abangnya di Kampung Guai. Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum keretanya terbabas ke bahu jalan.
“Orang awam berjaya mengeluarkan mangsa dari kereta sebelum kenderaan itu terbakar hampir 80 peratus akibat kemalangan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bera untuk bedah siasat. – Media Telus.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 12:47 pm
Lelaki 10 anak didenda RM8,000 kemuka maklumat palsu mohon kewarganegaraan anak
April 6, 2026, 12:38 pm
Anak Tun Daim hadir beri keterangan di ibu pejabat SPRM
April 6, 2026, 12:08 pm
Timbalan Ketua Pengarah JAS didakwa lagi, mengaku tidak bersalah terima RM9,110
April 6, 2026, 10:39 am
Imigresen Kedah tahan 21 warga asing dalam Ops Kutip di pusat beli-belah Sungai Petani
April 6, 2026, 10:36 am
Pemandu lawan arus di Jalan Klang Lama ditahan
April 6, 2026, 10:23 am
'Ikon pantun Buletin TV3' – Fahmi Fadzil zahir takziah atas pemergian Karam Singh Walia
April 6, 2026, 10:05 am
Rempuh pagar dengan lori, polis buru kumpulan lelaki ceroboh pusat hiburan di Cheras
April 6, 2026, 8:28 am
Rakyat mahu PN mentadbir kerajaan semula - Peja
April 6, 2026, 7:42 am
