Berita Berita
Harga RON97 turun 4 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR 30 Julai – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 4 sen kepada RM3.17 seliter bagi tempoh 31 Julai hingga 6 Ogos 2025.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter.
Sementara itu, harga diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada RM2.91 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga diesel juga tidak berubah iaitu RM2.15 seliter.
Menurut MOF, penetapan harga runcit mingguan produk petroleum dibuat berdasarkan formula di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm