Berita Berita
Pemandu lori tular disaman kerana halang jentera bomba

KAMPAR 30 Julai – Polis mengeluarkan saman terhadap seorang pemandu lori selepas tindakannya menghalang laluan jentera bomba yang sedang menjalankan tugas kecemasan tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, saman itu dikeluarkan mengikut Seksyen 9(2) Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal memberi laluan kepada kenderaan bomba.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati pemandu lori jenis kabin itu tidak menyedari kehadiran jentera bomba disebabkan bunyi enjin yang kuat serta tingkap kenderaan yang tertutup sepenuhnya, menyukarkan pendengaran terhadap siren kecemasan.
“Video yang tular menunjukkan jentera bomba cuba memotong lori terbabit, namun pemandu seolah-olah tidak memberi laluan, sekali gus menimbulkan kebimbangan masyarakat tentang keutamaan kenderaan penyelamat dalam situasi kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tindakan segera telah diambil oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar terhadap pemandu lori terbabit bagi membantu siasatan.
Mohamad Nazri turut mengingatkan bahawa semua pengguna jalan raya bertanggungjawab memberi laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans, polis dan bomba apabila siren atau lampu isyarat khas digunakan.
“Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh menjejaskan kelancaran operasi menyelamat serta mengancam nyawa,” ujarnya. – Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm