TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

RMK-13 pastikan tiada rakyat dipinggir – Anwar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 30 Julai – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) akan memberi tumpuan kepada pembangunan menyeluruh yang adil dan saksama tanpa meminggirkan mana-mana kumpulan masyarakat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, penyediaan RMK-13 melibatkan sesi libat urus menyeluruh bersama pelbagai pemegang taruh termasuk kerajaan negeri, sektor swasta dan masyarakat sivil.

“RMK-13 dirangka demi memastikan suara rakyat benar-benar diangkat dalam perancangan masa depan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut memaklumkan telah menerima dokumen rasmi RMK-13 daripada Pemangku Menteri Ekonomi, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron di pejabatnya.

Penyerahan itu menandakan tamatnya fasa penyediaan rancangan pembangunan negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.

“Insya-Allah, saya akan membentangkan usul RMK-13 di Dewan Rakyat, esok.

“Kerajaan MADANI mengalu-alukan perbahasan serta cadangan konstruktif daripada semua ahli Parlimen untuk memperkukuh dasar dan hala tuju yang telah digariskan,” katanya. – Media Telus

+ - reset