TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki acu pisau akibat tidak puas hati hal kerja

By
|
Kongsi
image

AMPANG 31 Julai – Seorang lelaki bertindak mengacukan pisau kepada rakan sekerjanya gara-gara tidak berpuas hati terhadap hal kerja dalam satu kejadian di sebuah restoran di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari membabitkan pertengkaran mulut antara dua lelaki terbabit.

Katanya, suspek kemudian mengajak mangsa ke bahagian belakang premis namun ajakan itu ditolak, menyebabkan suspek bertindak mengambil pisau dan mengacukannya ke arah mangsa.

“Keadaan menjadi tegang sehingga berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka sebelum suspek memaksa mangsa ke belakang kedai. Mangsa bagaimanapun sempat melarikan diri bagi menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan kejadian, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan suspek pada jam 11 malam, Isnin lalu.

Menurut Mohd Azam, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. – Media Telus

 

+ - reset