TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Terengganu larang penuh penjualan vape bermula esok

By
|
Kongsi
image

 

KUALA TERENGGANU 31 Julai – Kerajaan Terengganu akan melaksanakan larangan sepenuhnya terhadap penjualan produk rokok elektronik (vape) di semua premis perniagaan di negeri ini bermula 30 Julai.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pada 23 April lalu sebagai langkah proaktif membendung penularan penggunaan vape khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Kerajaan negeri akan lebih serius dalam menguatkuasakan peraturan ini dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggarnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, penguatkuasaan larangan tersebut akan dilaksanakan mengikut undang-undang kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), yang membolehkan tindakan tegas dikenakan terhadap mana-mana pengusaha yang ingkar.

Pengusaha yang terus menjual vape selepas tarikh larangan berkuat kuasa bakal dikenakan tindakan kompaun, penyitaan barangan dan boleh didakwa di mahkamah.

Wan Sukairi turut menyatakan harapan agar larangan tersebut mampu memberi kesan positif terhadap kesihatan dan masa depan rakyat Terengganu.

“Semua pihak diharap dapat menghormati dan mematuhi peraturan baharu ini serta memberi kerjasama demi menjayakan usaha membanteras amalan pengambilan vape.

“Semoga tindakan ini akan memberi kesan positif kepada kesihatan dan masa depan rakyat serta dapat melahirkan generasi bebas vape dan lebih sihat,” ujarnya. – Media Telus

+ - reset