Berita Berita
KSN beri jaminan pantau pelaksanaan RMK13

KUALA LUMPUR 31 Julai – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memberi jaminan bahawa beliau akan memantau secara rapi dan berkala pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) demi memastikan kejayaannya.
Menurutnya, RMK13 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini bertujuan memperkukuh kualiti hidup rakyat, meningkatkan tadbir urus baik, serta membawa Malaysia ke tahap 30 ekonomi terbesar dunia.
“Satu penyampaian yang sarat dengan ketegasan, tekad, keterangkuman dan berstrategi untuk menjadikan Malaysia peneraju ekonomi Asia Tenggara, sekali gus mengangkat semula darjat dan martabat negara.
“Dalam hal ini, saya menggesa seluruh penjawat awam meluangkan masa meneliti dokumen penting ini. Insya-Allah, saya sendiri akan memantau secara rapi dan berkala pelaksanaan RMK13,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Shamsul Azri turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Ekonomi atas usaha menyediakan dokumen perancangan lima tahun itu.
Anwar dalam pembentangan RMK13 menegaskan bahawa rancangan tersebut berteraskan tiga asas utama, iaitu:
-
Pembentukan negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah;
-
Sistem sosial berteraskan insan MADANI;
-
Peralihan kepada negara berasaskan kecerdasan buatan.
RMK13 turut menyasarkan pembentukan masyarakat inklusif dan progresif serta melonjakkan Malaysia sebagai peneraju teknologi digital serantau melalui inovasi dan produk global ‘Made by Malaysia’.
– Media Telus
Berita berkaitan
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm
Malaysia akan teliti deklarasi PBB desak Hamas letak senjata – Fahmi
August 1, 2025, 5:21 pm