Berita Berita
Dua rakyat Turkiye dikhuatiri hilang, kapal layar karam di perairan Terengganu

KUALA NERUS 1 Ogos – Dua lelaki warga Turkiye, termasuk seorang kapten kapal, dikhuatiri hilang selepas kapal layar yang mereka naiki karam dipukul ribut di perairan Pulau Yu, dekat sini, kelmarin.
Kapal layar tersebut, dikenali sebagai Daisy, ketika itu dalam pelayaran dari Pelabuhan Kuantan menuju ke Pelabuhan Pattani, Thailand sebagai sebahagian daripada misi pulang ke negara asal mereka dari Sydney, Australia.
Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, insiden berlaku kira-kira jam 2.30 pagi apabila kapal layar tersebut dipukul ribut, menyebabkan ia terbalik dan ketiga-tiga individu di atas kapal tercampak ke laut.
“Pelancong dikenali sebagai Ates Demiroren, 42, berjaya diselamatkan oleh kru sebuah bot nelayan tempatan sebelum dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dua lagi mangsa yang masih hilang dikenal pasti sebagai Ahmed Volkan Ata, kapten kapal, dan Eser Demirkol – masing-masing berusia 52 tahun.
Menurut Hamiludin, sebelum kejadian, kapal layar terbabit telah berlepas dari Pelabuhan Kuantan pada jam 5 petang, Isnin lalu.
Berikutan insiden tersebut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) bermula jam 3 petang semalam.
Usaha mengesan kedua-dua mangsa kini sedang giat dijalankan dengan kerjasama agensi keselamatan maritim lain.
Berita berkaitan
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm
Malaysia akan teliti deklarasi PBB desak Hamas letak senjata – Fahmi
August 1, 2025, 5:21 pm