Berita Berita
Dr Zaliha dilantik Pengerusi PKR Johor baharu

JOHOR BAHRU 31 Julai – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor yang baharu.
Pelantikan itu diumumkan menerusi kenyataan rasmi parti pada Khamis, sekali gus menyaksikan Ahli Parlimen Sekijang itu kini menggalas tanggungjawab menerajui kepimpinan PKR di peringkat negeri.
Dr Zaliha menggantikan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh yang sebelum ini memegang jawatan tersebut.
Dalam masa yang sama, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN Johor yang baharu.
Pelantikan ini dijangka memberi nafas baharu kepada kepimpinan PKR Johor dalam memperkukuh struktur parti menjelang pilihan raya akan datang. – Media Telus
Berita berkaitan
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm
Malaysia akan teliti deklarasi PBB desak Hamas letak senjata – Fahmi
August 1, 2025, 5:21 pm