Berita Berita
Mayat lelaki diikat kaki dan tangan, kepala dibalut kain dicampak tepi landasan kereta api di Kalumpang
HULU SELANGOR 1 Ogos – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila kaki dan tangannya terikat, manakala kepala dibalut kain serta dilekatkan pita pelekat, di tepi landasan kereta api berhampiran Kampung Sungai Serian, Kalumpang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, mayat berkenaan dipercayai dicampak dari Jambatan Kampung Sungai Serian yang berketinggian 11.15 meter.
Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 10.30 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Hasil siasatan forensik mendapati kaki serta tangan mangsa diikat, kepala dibalut dengan kain dan dilekatkan pita pelekat hitam serta putih.
“Pemeriksaan lanjut juga mendapati mayat sudah mereput dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih empat hari lalu,” katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada si mati.
Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat yang dijalankan pagi tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Polis turut meminta kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Fadli Abdul Aziz di talian 03-6064 1222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
March 28, 2026, 5:43 pm
Budak 9 tahun maut disyaki didera, empat ahli keluarga direman
March 28, 2026, 4:03 pm
Dakwaan Nurul Izzah letak jawatan Timbalan Presiden PKR palsu - Fahmi
March 28, 2026, 2:12 pm
Jangan langgar syarak dan adat Melayu, Mufti tegur acara ‘Tidur Lambak’
March 28, 2026, 12:45 pm
Ramanan garis pencapaian 100 hari terajui KESUMA, skim lindungi pekerja diperkenal
March 28, 2026, 11:39 am
Kad kredit, debit asing disekat beli petrol RON95 mulai 1 April Ini
March 28, 2026, 10:43 am
'She said yes' - Syed Saddiq lamar Bella Astillah di Puncak Kinabalu, umum pertunangan
March 28, 2026, 10:06 am
Hampir 1,900 kapal terkandas di Selat Hormuz
March 28, 2026, 9:40 am
Minta wang perlindungan: Dua wakil MPPWP Wangsa Maju diarah letak jawatan
March 27, 2026, 10:17 pm
Video dakwaan MPP minta wang perlindungan, polis sahkan terima tiga laporan
March 27, 2026, 8:36 pm
