TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Baru sebulan naik pangkat, pegawai Cina pertama bergelar Leftenan Jeneral ATM, Johnny Lim bersara hari ini

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR – Pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng yang mencipta sejarah sebagai pegawai berbangsa Cina pertama dilantik ke pangkat berkenaan, secara rasmi menamatkan perkhidmatannya hari ini.

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (NRC) itu mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sempena persaraannya, seperti dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook rasmi menteri berkenaan.

"Bagi pihak kerajaan dan Kementerian Pertahanan, saya menzahirkan penghargaan kepada beliau atas segala khidmat bakti dan jasa kepada negara dan ketenteraan.

"Saya berharap beliau dapat terus memberikan sumbangan kepada tanah air dalam kapasiti tersendiri. Terima kasih Panglima dan selamat menempuh alam persaraan," katanya.

Johnny Lim sebelum ini mencatat pencapaian penting apabila menjadi individu pertama daripada komuniti Cina yang memakai pangkat Leftenan Jeneral dalam sejarah ATM.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah St Francis di Melaka dari tahun 1973 hingga 1978 sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah St Francis hingga tahun 1983.

Selepas itu, beliau menyertai Kursus Pegawai Kadet Tetap ke-25 (TJT 25), menjalani latihan di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom, dan ditauliahkan ke dalam Rejimen Renjer Diraja.

+ - reset