Berita Berita
'Rakyat bising tak jumpa beras tempatan, tapi bila dijual di pasar, Jualan Rahmah 'tak laku' pula' - Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR 31 Julai – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dr Fuziah Salleh mendedahkan wujud lambakan beras putih tempatan di pasaran yang kini dilihat gagal menarik perhatian pembeli meskipun sebelum ini isu kekurangan bekalan menjadi rungutan ramai.
Beliau berkata, fenomena berkenaan turut memberi kesan kepada jualan beras tempatan di pasar raya dan program Jualan Rahmah Madani.
“Sebelum ini rakyat bising berkenaan tiadanya bekalan beras tempatan seolah-olah kerajaan gagal menyediakannya.
Namun apabila beras tempatan penuh di pasar raya, ia tidak laku. Di program Jualan Rahmah pun tidak laku.
Jadi, naratif yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pulai (Suhaizan Kayat) mungkin ada kebenarannya atau mungkin direka. Daripada pengamatan kami, (beras tidak laku) ini yang berlaku,” katanya semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawapan Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan tambahan yang dikemukakan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat, berhubung dakwaan sama ada peluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta kenaikan tarif elektrik benar-benar membebankan rakyat memandangkan situasi semasa tidak menunjukkan sedemikian.
Suhaizan dalam sesi itu menyentuh keadaan pasar raya dan restoran yang masih penuh dengan pelanggan, termasuk kesesakan trafik yang berlarutan di lebuh raya, seolah-olah bercanggah dengan naratif rakyat sedang tertekan akibat kos sara hidup.
Mengulas lanjut, Fuziah menjelaskan bahawa ekonomi rakyat merupakan isu yang bersifat subjektif kerana beban sara hidup adalah berbeza mengikut kemampuan individu.
“Memang betul pengamatan Ahli Parlimen Pulai, apabila pergi ke premis pasar raya atau restoran, memang dilihat penuh dengan pengunjung.
Namun pada masa sama, ada juga sebahagian ahli masyarakat yang merasakan kesusahan dalam hidup,” katanya.
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm