Berita Berita
Kes Zara Qairina: 'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Kak M dipercayai pernah ugut Zara

KOTA KINABALU 1 Ogos – Keluarga kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, pelajar Tingkatan 1 yang meninggal dunia di sebuah sekolah agama di Papar, tampil menuntut satu inkues bagi menentukan sama ada wujud unsur jenayah di sebalik kematiannya.
Menerusi kenyataan media hari ini, dua peguam yang mewakili ibu mangsa, Noraidah Lamat, iaitu Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, mengesahkan pihak mereka telah menghantar surat rasmi kepada Jabatan Peguam Negara Kota Kinabalu untuk meminta pelaksanaan inkues di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah.
“Kami memohon agar pihak majistret diarahkan menjalankan inkues bagi mengenal pasti punca kematian si mati dengan kadar segera,” kata mereka dalam kenyataan.
Permintaan itu turut disertai cadangan agar kubur Zara Qairina digali semula untuk membolehkan bedah siasat dilakukan sesuatu yang tidak dilakukan ketika jenazah dikebumikan awal bulan ini.
Menurut peguam, ibu mangsa juga telah membuat laporan polis tambahan pada 30 Julai di Balai Polis Sipitang, menyatakan keraguan terhadap versi rasmi yang mengatakan Zara terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah.
Lebih mengejutkan, laporan itu turut mendedahkan bahawa Zara ada mengadu dibuli oleh pelajar senior, termasuk satu ugutan daripada seorang pelajar yang dikenali sebagai “Kak M” yang didakwa pernah berkata:
“Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni.”
Tambah peguam, wajah arwah tidak menunjukkan kecederaan tipikal akibat jatuh dari tempat tinggi, dan terdapat dakwaan bahawa pihak sekolah melarang ibunya membuat laporan polis.
“Kami juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan liar kononnya ibu mangsa terlibat dalam kematian anaknya. Itu adalah fitnah yang amat kejam.”
Dalam tempoh 17 hingga 27 Julai, peguam memaklumkan bahawa keluarga tidak menerima sebarang kemas kini daripada pihak polis.
“Kesunyian inilah yang merisaukan anak guam kami... Seolah-olah kes ini tidak disiasat langsung.”
Hanya selepas tekanan awam memuncak, Pesuruhjaya Polis Sabah mengeluarkan kenyataan bahawa 60 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Keluarga Zara menegaskan mereka tidak mempercayai dakwaan bunuh diri, sebaliknya percaya wujud unsur jenayah yang menuntut siasatan lebih telus dan menyeluruh.
Peguam juga menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan fitnah ke atas mana-mana individu berkaitan kes ini, namun menggalakkan mereka yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm