Berita Berita
Lagi kes buli, KPM tidak kompromi kejadian pukul babit 4 pelajar di pusat beli belah di Kajang

KAJANG, 1 Ogos – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku termasuk insiden kes pukul membabitkan pelajar sekolah di Kajang yang tular baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati insiden tersebut berlaku berpunca daripada salah faham antara pelajar, namun tindakan segera telah diambil pihak berkuasa.
"Saya mengambil perhatian penuh kejadian pukul pelajar di Kajang, Selangor baru-baru ini. Saya dimaklumkan kejadian ini terjadi akibat salah faham antara pelajar.
"Tindakan pantas telah diambil. Empat orang pelajar terlibat telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan," katanya.
Tambah Fadhlina, pihak KPM akan bertindak tegas berdasarkan hasil siasatan polis dan sedang memantau perkembangan kes itu secara dekat.
"KPM tidak berkompromi dengan salah laku ini dan akan mengambil tindakan tegas. Saya juga telah mengarahkan sekolah terlibat serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melaksanakan program intervensibagi memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah terus terjamin."
Terdahulu, media sosial digemparkan dengan satu rakaman video berdurasi hampir satu minit yang memaparkan seorang pelajar dipukul dan ditendang sekumpulan remaja di sebuah sekolah menengah di Kajang.
Klip tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai yang menyifatkannya sebagai satu bentuk buli melampau dan mencerminkan kegagalan kawalan disiplin di sekolah terbabit.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Kesemua pelajar yang dikenal pasti terlibat telah dipanggil untuk siasatan dan kini berada di bawah pengawasan pihak berkuasa.
KPM sebelum ini melaksanakan beberapa dasar bagi membendung gejala buli, termasuk pelaksanaan modul Pendidikan Keselamatan, pelaporan kes secara sistematik, dan intervensi psikososial.
Namun, kes terbaharu ini mencetuskan kembali gesaan agar KPM memperkukuh mekanisme kawalan disiplin, pengawasan asrama, dan pendekatan pemulihan pelajar bermasalah secara menyeluruh.
Fadhlina turut menyeru semua pihak termasuk guru, pentadbir sekolah, ibu bapa dan masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan dalam mengekang budaya buli yang semakin membimbangkan.
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm