Berita Berita
Gaji minimum RM1,700 mula dikuatkuasa hari ini

SHAH ALAM 1 Ogos – Kerajaan secara rasmi menguatkuasakan Perintah Gaji Minimum 2024 bermula hari ini, yang menetapkan kadar baharu gaji minimum sebanyak RM1,700 sebulan bagi golongan pekerja tertentu.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memaklumkan bahawa perintah ini khusus untuk majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, dan tidak menjalankan aktiviti profesional seperti yang diklasifikasikan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) 2020.
Arahan ini turut selaras dengan pewartaan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2025, yang memperluaskan pelaksanaan kadar gaji minimum kepada golongan 'pekerja kontrak perantisan'.
“Kontrak perantisan merujuk kepada pekerja yang diambil dan dilatih secara sistematik oleh majikan dalam sesuatu bidang kemahiran, dalam tempoh antara enam hingga 24 bulan.
“Sepanjang tempoh latihan itu, perantis terikat untuk bekerja bersama majikan yang melatihnya,” menurut kenyataan itu.
Kesuma turut menegaskan bahawa majikan yang telah membayar lebih daripada kadar minimum tidak dibenarkan menurunkannya, walaupun setelah kadar minimum baharu diumumkan.
Kementerian itu juga merakamkan penghargaan kepada majikan yang telah lebih awal mematuhi pembayaran gaji minimum kepada pekerja perantisan.
Majikan diingatkan supaya mematuhi peraturan ini, yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja di seluruh negara iaitu JTKSM di Semenanjung, JTK Sabah dan JTK Sarawak.
“Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan majikan dikenakan denda sehingga RM10,000 bagi setiap pekerja jika disabitkan kesalahan,” kata kenyataan itu lagi. – Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm